Selasa, 24 September 2013

SILSILAH PARA NABI DAN RASUL A.S.

Nabi-nabi adalah para hamba Allah S.W.T yang telah diberikan wahyu, sementara para Rasul adalah hamba-hamba-Nya yang diberikan wahyu serta diperintahkan untuk menyampaikan kepada manusia. Jumlah nabi-nabi ialah seramai 124,000 orang dan 313 daripada nabi-nabi ini telah terpilih menjadi rasul.
Rasul-rasul yang wajib dikenali ialah seramai 25 orang. Ulul ‘ASzmi adalah para rasul yang teguh dan sabar dalam menghadapi cubaan (Al-Qaf:35 / Al-Ahzab:7) . Ada seramai 5 orang Rasul yang digelar Ulul ‘Azmi iaitu Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S dan Nabi Nuh A.S.
Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul ialah:-
  1. Al-Quran: Nabi Muhammad S.A.W.
  2. Injil: Nabi Isa A.S.
  3. Zabur: Nabi Daud A.S.
  4. Taurad: Nabi Musa A.S.
Berpandukan kepada sumber-sumber rujukan yang telah kami perolehi, di sini akan kami kongsikan sedikit  maklumat berkenaan salasilah, umur (sebahagian sahaja) kehidupan para Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T. Kami juga telah memasukkan sedikit maklumat berkenaan kaum-kaum serta lokasi mereka.
BIL
NAMA
HIDUP SEHINGGA UMUR
SALASILAH KETURUNAN(Nota: “/” ringkasan untuk “Bin”)
DIUTUS KEPADA KAUM/ TEMPAT
NOTA
1
1000 tahun
-
Bapa kepada semua manusia. Syurga (Tempat penciptaan)sebelum diturunkan ke dunia.
Ibnu Abbas meriwayatkan, “Adam diturunkan di India dan Hawa di Jeddah. Adam pun mencari Hawa hingga tiba di Jama’, lalu Hawa didekatkan kepadanya—karena itulah dinamakan Muzdalifah. Akhirnya, mereka pun bertemu di Jama’.
-
SYITS
972 tahun
Adam A.S. (1000 thn)
Mesir
Bukan Rasul, tetapi Nabi yang diberikan Wahyu
2
IDRIS
865 tahun
Yarad (962 thn) / Mahlayl (865thn) / Qanin (910thn) / Anwasy (905 thn) / Syits A.S. (972 thn)
Mesir
3
1789 tahun
Lamik (777 thn) / Matwasyalakh (969 thn) / Idris A.S. (865 thn)
Iraq
4
HUD
*
Syalikh (433 thn) / Arfakhsyaz (438 thn) / Sam / Nuh A.S. (1780 thn)
Kaum Ad. Terletak Antara Yaman dan Aman sehingga sampai ke Hadramaut dan As Syajar.
-
*
Malkan / Falikh / (439 thn) / Abir (464 thn)- / Syalikh (433 thn) / Arfakhsyaz (438 thn) / Sam / Nuh A.S. (1780 thn)
Bukan Rasul, tetapi Nabi yang diberikan Wahyu
5
SALLEH
*
‘Ubaid / Masih / ‘Ubaid / Hadir / Tsamud / ‘Atsir / Iram / Sam / Nuh A.S. (1780 thn)
Kaum Thamud. Lembah Al Qura, Jordan.
6
IBRAHIM
200 tahun
Azhar (250 thn) / Nahur (148 thn) / Sarugh (230 thn) / Raghu (239 thn)-Falikh (439 thn)-Abir (464 thn)-Syalikh (433 thn)-Arfakhsyaz(438 thn)-Sam-Nuh A.S. (1780 thn)
Babylon (Mughir yang terletak di antara sungai Tigris dan Eufrat). Kota Harran, Iraq.Kan’an, Syam (Hijrah)Palestin (Hijrah) Mesir (Hijrah). Mekah (Hijrah)
7
LUTH
*
Haran-Azhar (250 thn)-Nahur (148 thn)-Sarugh (230 thn)-Raghu (239 thn)-Falikh (439 thn)-Abir (464 thn)-Syalikh (433 thn)-Arfakhsyaz(438 thn)-Sam-Nuh A.S. (1780 thn)
Kota Sodom dan Amurah di daerah Jordan.
8
ISMAIL
137 tahun
Ibrahim (200 thn)
Dakwah di kalangan bangsa Arab. Menetap di Mekah (Hijrah dari Palestin bersana Nabi Ibrahim A.S ketika masih dalam susuan).Membantu Nabi Ibrahim A.S untuk membina Kaabah
9
ISHAQ
180 tahun
Ibrahim (200 thn)
Kan’an, Palestin
10
YAAKUB
147 tahun
Ishaq (200 thn)
Kota Harran, Iraq (Hijrah dari Kan’an)Kan’an (Hijrah semula)
11
YUSOF
120 tahun
Yaakub (147 thn)
Mesir
12
AYYUB
93 tahun
Maush-Razih-Al’Aish-Ishaq A.S. (180thn)
Kampung Al-Batsinah, Daerah Hauran (Bahagian barat daya Syria)
Al’Aish adalah saudara Nabi Yaakub A.S.
13
ZULKIFLI
*
Ayyub A.S. (93 thn)
Kampung Al-Batsinah, Daerah Hauran (Bahagian barat daya Syria)
Diutus setelah nabi Ayyub A.S.
14
SYUAIB
*
Yasykhar-Lawi-Yaakub A.S. (147 thn)
Kaum Madyan dan Ashabul Aikah. Daerah Mi’an (Terletak antara Syam dan Hijaz)
-
YUSHA’
*
Nun-Afratsim-Yusof (120 thn)
15
MUSA
120 tahun
Imran-Oahits-‘Azir-Lawi-Yaakub A.S. (147 thn)
Bani Israel. Mesir.Negeri Madyan (Hijrah). Mesir (Dakwah). Semenanjung Sinai.
Diturunkan kitab TAURAD, Rasul yang digelar ULUL A’ZMI
16
HARUN
*
Imran-Oahits-‘Azir-Lawi-Yaakub A.S. (147 thn)
Mesir
Saudara Nabi Musa A.S.
17
ILYAS
*
Yasin-Fankhas-Idzar-Harun
Bani Israel. Kota Ba’labak, Lebanon.
Kaum Bani Israil di Ba’labak adalah kaum yang menyembah berhala yang bernama Baal.
18
ILYASA’
*
‘Ady-Syautlim-Afratsim-Yusof A.S. (120 thn)
Bani Israel. Kota Ba’labak Lebanon.
Menggantikan Nabi Ilyas setelah kewafatnnya.
-
YUSYA’
*
Nun / Afratsim / Yusof A.S. (120 thn)
-
Bukan Rasul, tetapi Nabi yang diberikan Wahyu
19
DAUD
100 tahun
Isya / Uwaid / ‘Abir / Salamun / Nakhsyun / Amina Adab / Iram / Hashrun / Faridh / Yahuza / Yaakub A.S. (147 thn)
Bani Israel. Jerusalem.
Yahuza adalah saudara Nabi Yusof A.S.Nabi Daud A.S. telah menjadi raja kepada Ban Israel setelah berjaya membunuh Jalut
20
SULAIMAN
52 tahun
Daud A.S. (100 thn)
Bani Israel. Jerusalem.
Menggambil alih pemerintahan Nabi Daud A.S.
21
YUNUS
*
Thalut / Qaisy / Afil-Sharu / Tahwarat / Afih / Anis / Bunyamin / Yaakub A.S. (147 thn)
Kota Niwana, Asyur (Terletak di hulu sungai Tigris, Mesopotania, Iraq)
Bunyamin adalah saudara Nabi Yusof.Para ahli sejarah tidak menemui nasabnya (keturunannya) secara terperinci, tetapi yang jelas beliau adalah keturunan Bunyamin bin Ya’kub Bin Ishaq Bin Ibrahim A.S.
-
UZAIR
40 tahun
Saurio / Adiya / Ayyub / Darzana / ‘Ady / Taoy / Asbu’ / Fankhas / Idzar / Harun A.S.
Seorang Nabi yang diwafatkan selama 100 tahun, kemudian dihidupkan kembali dalam keadaan muda seperti pada saat meninggal. (Al-Baqarah:259)
22
ZAKARIA
*
Ladun / Muslim / Shaduo / Hasyban / Daud / Sulaiman / Muslim / Shadiqah / Barkhiya / Bal’athah / Nahur / Syalum / Bahfasyath / Inamin / Ruhaiiam / Sulaiman A.S. (52 thn)
Bani Israel. Baitul Maqdis.
23
YAHYA
*
Zakaria A.S. / Ladun / Muslim / Shaduo / Hasyban / Daud / Sulaiman / Muslim / Shadiqah / Barkhiya / Bal’athah / Nahur / Syalum / Bahfasyath / Inamin / Ruhaiiam / Sulaiman A.S. (52 thn)
Bani Israel. Baitul Maqdis.
24
ISA
33 tahun
Maryam / ‘Imran / Matsan / ‘Azhar / Alyud / Akhnaz / Syaduq / Iyazuz / Alqayim / Aibud / Zarababil / Syalatal / Yauhina / Barsya / Amun / Misya / Hizqia / Ahaz / Mautsam / ‘Izriya / Yauram / Yusyafath / Isya / Iba / Rahba’am / Sulaiman A.S. (52 thn)
Kaum Yahudi. Baitul Maqdis.Bakal diturunkan di tengah-tengah umat Islam di akhir zaman bagi menetapkan hukum-hukum Al-Quran.
Dilantik kenabian ketika berumur 30 tahun untuk mengajar kitab Taurat dan Injil kepada kaum Bani Israel.
25
MUHAMMAD S.A.W.
63 tahun
Abdullah / Abdul Mutalib / Hasyim / Abdul Manaf / Qushai / Kilab / Murrah / Kaab / Luai / Ghalib / Fihrin / Malik / Nadhar / Kinanah / Khuzaimah / Mudrika / Ilyas / Mudhar / Nazar / Ma’ad / Adnan / ‘Ud / Muqawwim / Nahur / Tairah / Ra’rub / Yasyjub / Nabit / Ismail A.S. (137 thn)
Umat manusia dan Jin keseluruhannya. Mekah (Keputraan & Dewasa), Madinah (Hijrah) & Semenanjung Tanah Arab.
Sumber rujukan:
1)    Salasilah para Nabi dan Rasul A.S. – Majelis Permusyawaratan Ulama Provinsi Nanngroe Acheh  Darussalam.
2)  Kisah Nabi-Nabi dalam Al-Quran- Dr Afif Abdullah Fattah Thabarah (Victory Agencie)

Kaabah, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Mula-mula perempuan yang mengambil (memakai) ikat pinggang, ialah ibu Nabi Ismail, diambilnya ikat pinggang supaya hilang jejaknya oleh Sarah. Kemudian Nabi Ibrahim a.s. membawa Ibu Ismail dan anaknya yang masih menyusu, lalu di tempatkannya dekat perumahan Bait (Kaabah), di bawah pohon Dauhah di tepi bakal sumur Zamzam, di perumahan masjid. Waktu itu tidak ada seorang pun yang tinggal di Mekah dan di situ air pun tidak ada. Nabi Ibrahim lalu menempatkan keduanya di sana dan diletakkannya di sisi keduanya sebuah tempat makanan yang berisi kurma dan sebuah tempat minum yang berisi air. Kemudian Nabi Ibrahim berangkat.
Ibu Ismail lalu mengikutinya sambil berkata: “Hai Ibrahim! Tuan hendak kemana? Sampai hatikah tuan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak pula ada sesuatunya di sini”. Diucapkannya perkataan itu berulang-ulang. Nabi Ibrahim tiada menoleh. Kata ibu Ismail kepadanya: “Tuhankah yang menyuruh tuan berbuat begini?” Jawab Ibrahim: “Ya!” Katanya: “Jika begitu, Tuhan tiada akan mensia-siakan kami’.
Kemudian ibu Ismail kembali dan Ibrahim pun terus berjalan. Ketika ia berada di Saniah, di tempat yang kira-kira tidak kelihatan oleh ibu Ismail, Ibrahim menghadap ke arah Bait, kemudian ia berdoa dengan beberapa kalimat, sambil mengangkat kedua tangannya. Doanya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari turunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di dekat Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Supaya mereka tetap mengerjakan solat. Sebab itu, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan belilah buah-buahan, menjadi rezeki mereka, mudah-mudahan mereka berterima kasih!” Kemudian ibu Ismail menyusukan anaknya dan meminum air yang disediakan itu.
Ketika air yang dalam tempat air itu habis, ia dan anaknya merasa haus. Ketika ia memandang anaknya membalik-balik, ia pun pergi kerana tak sampai hati melihat anaknya. Maka dilihatnya bukit Safa paling dekat kepadanya. Lalu ia berdiri ke sana dan menghadap ke lembah, kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tidak melihat seorang juapun. Ia turun dari Safa. Ketika ia di lembah, diangkatnya tepi bajunya, kemudian ia berjalan cepat-cepat seperti perjalanan orang kecemasan, sampai ia melalui lembah. Kemudian ia tiba di Marwah, lalu ia berdiri di situ dan melihat kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tiada melihat seorang jua pun. Dilakukannya yang demikian sampai tujuh kali. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: “Kerana itulah , orang haji mengerjakan Saai di antara Safa dan Marwah”.
Ketika Ibu Ismail berada di Marwah, ia mendengar suara, lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: “Dengarlah!” Kemudian ia berhati-hati mendengarkannya, maka didengarnya pula suara itu. Ia berkata: “Sesungguhnya engkau telah memperdengarkan suara, adalah kiranya pertolongan dari sisi engkau”. Tiba-tiba di situ ada malaikat dekat tempat Zamzam lalu ia menggali dengan tumitnya atau dengan sayapnya sehingga keluarlah air. Ibu Ismail lalu membendungnya dengan tangannya begini: Ia menyauk air itu untuk mengisi tempat airnya, dan air itu pun terus menyembur sesudah disauk.
Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: “Mudah-mudahan Tuhan mengasihi ibu Ismail! Jika dibiarkannya Zamzam, atau tidak disauknya air itu, sesungguhnya akan menjadi mata air yang mengalir.” Sabda beliau: “Ibu Ismail lalu minum dan menyusukan anaknya. Malaikat berkata kepadanya: “Janganlah engkau takut akan binasa! Sesungguhnya di sini Baitullah yang bakal dibangun oleh anak ini dan ayahnya, dan sesungguhnya Tuhan tiada akan menyia-nyiakan penduduk tempat ini.” Dan tinggi Baitullah itu dari tanah sebagai longgokan tanah, yang dilanda oleh banjir di sebelah kanan dan kirinya.
Demikianlah keadaan perempuan itu, sehingga lalulah serombongan dari suku Jurhum yang datang dari jalan Kada’, lalu mereka itu berhenti di hilir Mekah. Mereka melihat burung berputar-putar di udara, lalu mereka berkata: “Burung ini berputar di atas air”. Sebenarnya kita di lembah ini menemui tempat yang di situ ada air. Mereka lalu mengirim seorang atau dua orang utusan. Tiba-tiba utusan itu menemui air, segera mereka kembali dan terus dikhabarkannya pada mereka (kawannya) bahawa di situ ada air. Lalu mereka berkata: “Adakah engkau mengizinkan kami tinggal di tempatmu?” Jawab perempuan itu: “Ya, tetapi kamu tiada berhak atas air itu!” Kata mereka: “Ya, baiklah!” Ibu Ismail menerimanya dengan baik, kerana dia ingin ada orang lain bersama dia. Mereka lalu tinggal di situ bersama-sama dengan keluarga mereka, sehingga terjadilah beberapa rumah tangga mereka, sedang Ismail telah agak besar (hampir dewasa). Ia mempelajari bahasa Arab dari mereka. Ia amat dikasihi mereka.
Ismail amat menarik dan mengagumkan mereka, ketika itu umurnya hampir dewasa. Mereka mengahwinkan Ismail dengan seorang perempuan di antara mereka, dan ibu Ismail pun meninggal. Sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi Ibrahim melihat anak isteri yang ditinggalkannya, tetapi beliau tiada menemui Ismail. Ibrahim lalu bertanya pada isteri Ismail dari hal keadaannya. Kata isteri Ismail: “Ia pergi mencari keperluan kami”. Kemudian Ibrahim menanyakan dari hal penghidupan dan keadaan mereka. Kata perempuan itu: “Kami dalam keadaan sengsara, kami dalam kesempitan dan kesusahan”. Ia mengadukan halnya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: “Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya dan katakanlah baginya supaya diubahnya bingkai pintunya”. Setelah Ismail datang, seolah-olah ia merasakan sesuatu, lalu ia bertanya: “Adakah orang yang datang kepadamu?” Jawabnya: “Ya, ada orang tua datang kepada kami, lalu saya bercerita kepadanya. Ditanyakannya bagaimana penghidupan kita lantas saya ceritakan bahawa sesungguhnya kita dalam kepayahan dan kesusahan”. Kata Ismail: “Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau?” Jawabnya: “Ya, disuruhnya saya menyampaikan salam kepada engkau dan dikatakannya: “Ubahlah bingkai pintumu!” Kata Ismail: “Itulah ayahku! Sebenarnya ia menyuruh saya supaya menceraikan engkau. Kembalilah engkau kepada keluarga engkau!” Ismail pun mentalaknya.
Kemudian ia kahwin dengan perempuan lain. Setelah beberapa lama Ibrahim datang kembali, tetapi tidak juga menemui Ismail. Ia lalu masuk ke rumah isteri Ismail, dan ditanyakannya dari hal Ismail. Kata perempuan itu: “Ia pergi mencari keperluan kami!” Kata Ibrahim: “Bagaimana keadaanmu?” Ditanyakannya hal penghidupan dan keadaan mereka. Jawabnya: “Kami dalam keadaan baik dan lapang”. Dan perempuan itu pun memuji Tuhan. Tanya Ibrahim: “Apakah makananmu?” Jawabnya: “Daging”. Tanya beliau: “Apakah minumanmu?” Jawabnya: “Air”. Doa Ibrahim:”Wahai Tuhan, berilah kiranya keberkatan untuk mereka mengenai daging dan air!” Nabi s.a.w bersabda: “Ketika itu belum ada di situ tanaman yang berbiji. Sekiranya mereka mempunyai, nescaya Nabi Ibrahim mendoakan keberkatannya. Maka yang dua itu (daging dan air) di negeri lain dari Mekah biar pun ada, tetapi tidak sesuai untuk jadi makanan pokok. Kata Nabi Ibrahim: “Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya, dan suruhlah ia supaya menetapkan bingkai pintunya!” Ketika Ismail datang, ia bertanya: “Adakah seorang yang datang kepadamu?” Jawab isterinya: “Ada! Datang kepada kami seorang tua yang baik keadaannya”. Dan perempuan itu pun memujinya. “Ia menanyakan tuan pada saya dan menanyakan bagaimana kehidupan kita, lalu saya ceritakan, bahawa sesungguhnya kita dalam keadaan baik”. Kata Ismail: “Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau’?” Jawabnya: “Ada! Disuruhnya sampaikan salam kepada tuan dan disuruhnya supaya menetapkan bingkai pintu tuan”. Kata Ismail: “Itulah ayahku dan engkaulah yang dikatakan bingkai pintu. Beliau menyuruh saya supaya tetap beristerikan engkau”.
Beberapa masa kemudian sesudah itu Ibrahim datang kembali dan didapatinya Ismail sedang meruncing anak panahnya di bawah pohon Dauhah, tidak jauh dari Zamzam. Setelah ia melihat ayahnya, ia berdiri menemuinya. Keduanya lalu berpelukan sebagaimana diperbuat seorang ayah dengan anaknya dan anak dengan ayahnya. Kemudian Nabi Ibrahim berkata: “Hai Ismail! Sesungguhnya Tuhan memerintahkan satu perintah kepada saya” Jawab Ismail: “Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!” Kata Ibrahim: “Mahukah engkau menolong saya?” Jawab Ismail: “Saya bersedia menolong ayah”. Kata Ibrahim: “Sesungguhnya Tuhan memerintahkan kepada saya supaya saya mendirikan Baitullah di sini”, Ia menunjuk kepada tumpukan tanah yang tinggi di sekelilingnya. Sesudah itu keduanya meninggikan (memasang) asas Bait (Kaabah). Nabi Ismail membawa batu dan Nabi Ibrahim memasangnya. Setelah pasangan itu tinggi Ismail membawa batu (untuk berpijak Ibrahim). Ibrahim lalu berdiri di atasnya untuk memasang dan Ismail menunjukkan batu. Kata Nabi: Keduanya meneruskan pembangunan sampai selesai, lalu berputar sekeliling Kaabah, mengucapkan: “Wahai Tuhan kami! Terimalah kerja kami. Sesunguhnya Engkau mendengar lagi mengetahui!”
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 3 Hadis Nombor 1475)

Kisah Nabi Adam dan Hawa

Kisah Adam dan Hawa telah diyakini oleh penganut-penganut agama langit atau lebih dikenali sebagai agama Ibrahimiah iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Kisah-kisah tentang manusia pertama ini juga diceritakan dalam kitab Al-Quran, Injil dan Taurat. Namun, sejarah kejadian serta rentetan kisah bagaimana Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dan pembabitan iblis ada dikisahkan secara konsisten, tepat dan terperinci di dalam kitab Al-Quran yang terpelihara semenjak dari mula ianya diturunkan.
Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al-A’raaf ayat 11 sehingga 25.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnay Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Al-Baqarah: Ayat 30).
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada Malaikat lalu ia berfirman: “Terangkanlah kepada Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. (Al-Baqarah: Ayat 31).
Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Baqarah: Ayat 32).
Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan? (Al-Baqarah: Ayat 33).
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al-Baqarah: Ayat 34).
Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”. (Al-Baqarah: Ayat 35).
Setelah itu maka Syaitan mengelincirkan mereka berdua dari Syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)“. (Al-Baqarah: Ayat 36).
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia-lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: Ayat 37).
Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dari-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti pertunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. (Al-Baqarah: Ayat 38).

Saksi Nabi Nuh

Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat. Beliau menjawab: “Ya, Tuhan!” Tuhan berfirman: “Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?” Beliau menjawab: “Ya, sudah”. Lalu ditanyakan kepada umatnya: “Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?” Mereka menjawab: “Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan”. Ditanyakan kepada Nuh: “Siapakah yang jadi saksi engkau?” Nuh menjawab: “‘Nabi Muhammad dan umatnya”. Lalu mereka (umat Muhammad) menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu (umat). Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: “Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu”. (Surat Al Baqarah, 143)

Sya’ban

Dari Abu Salamah bin Abdurrahman dari Aisyah katanya: “Kadang-kadang kami para isteri Nabi tidak sempat membayar puasa Ramadhan yang tertinggal kecuali jika telah tiba bulan Sya’ban. Dan Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebulan penuh atau hampir sebulan terkecuali di bulan Sya’ban. Boleh dikatakan beliau sering berpuasa sunnah di bulan Sya’ban sebulan penuh”. (Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2144).